Tuesday, 31 May 2011

ASTRO TVIQ CH 601

Haa....aku baru je layan ASTRO TVIQ ni tadi....dah semua channel tak ada yang menarik perhatian aku...balik-balik cerita Indon, cerita ulangan....bosan...last-last aku layan la channel 601 ni....menarik sangat....tak sangka la pulak best...Yelah, memang dia sesuai untuk anak-anak tetapi sesuai juga untuk kita....

Otak kita memerlukan makanan seperti mana tubuh badan kita...Makanan bagi otak ialah pengetahuan...Tidak salah kita mempelajari sesuatu pelajaran yang mungkin pada kita ia tidak bersesuaian dengan kita kerana tahapnya hanya untuk murid sekolah rendah...Ada juga perkara yang kita tak tahu dan mungkin juga lupa.

Apa yang lebih menarik perhatian aku adalah dari segi penyampaiannya yang interaktif dan mampu menarik minat murid juga aku yang dah tua ni..hehe..Dan seperti biasa, otak ku mula melakukan kerjanya iaitu berfikir...Macam mana aku nak mengajar seperti mana apa yang ada di dalam ASTRO TVIQ? Maknanya, aku perlu kreatif....Lagipun, aku dah berjanji dengan murid-muridku untuk melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid....

Tapi, macamana aku nak buat ek? Otakku mula pening-pening memikirkannya...Yang pasti, aku kena tengok isi kandungan pelajaran terlebih dahulu, kemudian layari internet untuk mendapatkan aktiviti-aktiviti yang menarik khas untuk murid-muridku dan yang paling penting, ia memberi manfaat dan mampu menarik minat mereka dalam mempelajari Bahasa Arab....

Wahai otakku sayang, berusahalah dengan lebih gigih untuk memberikan idea yang terbaik khas untuk murid-muridku....Good Luck My Dear....

Sunday, 29 May 2011

3 HARI YANG BEGITU MURUNG

Terlalu murung.....aku rasakan segala kebahagiaan dalam diri aku terbang bagai habuk-habuk yang disapu...Tidak tahu ke mana arah dan tujunya....Semuanya berpunca kerana tidak ada persefahaman yang telus....Owh...adakah ia salah aku? Atau salah di pihak satu lagi? Ini bukannya pertandingan lumba lari atau main dam haji...Menang dan kalah adat permainan...Habis main, habislah...Ini melibatkan hati, perasaan dan akal....Sesuailah dengan nama blog aku ni-TERATAK HATI DAN MINDA.....

Manusia sememangnya amat lemah, tetapi sebagai manusia, kita berusaha untuk memperbaiki diri...Hidup kita tidak ubah seperti kereta....yang sentiasa perlu diservis dan dijaga luaran dan dalamannya agar bertahan lama dan memberi faedah kepada tuan punya kereta....Di dalam aku berusaha ke arah itu, aku tertekan...kalau lah aku ini sebuah kereta, mungkin sekarang ini aku dah rosak sebab tidak diservis dan dijaga sebaiknya....

Jangan kata aku tidak memahami situasi, aku memahami situasi lebih daripada orang lain kerana ini hidup aku...Tetapi, aku tidak mendapat kerjasama yang aku harapkan dari dia....Adakah aku tidak memahami diri dia? Aku telah lama berusaha ke arah itu, tetapi dia mengeksploitasi kepercayaan aku kepadanya....Wei...serabut kepala aku....Kenapa dia tidak mahu berubah? Atau adakah aku terlalu mengharapkan sesuatu yang begitu tinggi? Rasanya tidak...Sebab aku telah mengikut rentak yang dia inginkan...tetapi dia mengambil kesempatan....Aduh...sedihnya aku rasa...Hati aku ni bagai ditoreh-toreh dengan pisau toreh...Sangat sakit...

Mungkin aku lebih mementingkan masa, akhirnya aku jadi begini....Masa begitu penting bagi aku..dengan menggunakan masa yang betul, aku dapat membereskan segala kerja dengan cepat dan ada 'quality time' dengan keluargaku..tapi....ergh...!!!! Aku tidak mampu membina apa yang aku inginkan bersendirian...Dulu lain, sekarang lain...Masa aku masih bujang, aku tidak terikat dengan siapa-siapa, aku bebas membuat apa sahaja..tetapi, bila sudah berkahwin, ada batasannya....tapi....argh...!!!!! Tension betul la...

Aku tidak hebat...aku bukan nak sangat mengarah itu ini, tetapi jika pekara-perkara kecil yang sepatutnya dibuat tidak dibuat, aku perlu bersuara...Kita diberi akal untuk berfikir, gunalah sebaiknya...Aku tidak suka orang yang tidak menggunakan otaknya untuk berfikir....Sudahlah malas berfikir, malas pula untuk membuat kerja-kerja yang sepatutnya....Aku seolah-olah berada di depan jenazah atau mayat....Owh....No....Aku tidak tahu lagi bagaimana cara untuk mengubah mayat hidup ini.....

Masih lagi aku ingat sebuah lagu daripada Pak Pandir suatu ketika dulu..
ADA MATA PANDANG,
ADA TELINGA DENGAR,
ADA MULUT DIAM,
ADA AKAL PAKAI.....

3hari aku berlalu tanpa apa-apa perasaan yang positif...semuanya hanya kemurungan...Aku perlu keluar dari perasaan ini, tetapi masih tidak mampu kerana setiap hari ada sahaja perkara-perkara yang tidak aku suka....Berubahlah....Jangan sampai suatu hari anda menyesal...Anda mengenali saya...Saya tidak mahu ambil tindakan terhadap anda, tetapi anda perlu berhati-hati dan jangan kerap mencabar kesabaran saya...

PEMBANGKIT SEMANGAT

Terlalu rajin hari ni menulis pelbagai topik...hehe....Semua topik yang ditulis adalah segala perkara yang aku fikirkan...Kotak pemikiranku ini begitu ligat bekerja dan menganalisis semua benda tidak ubah seperti mesin scan di shopping kompleks...

Bila ternampak muka dia, aku menjadi semangat dan berkobar-kobar...tidak tahu mengapa....Memang dia cantik, tetapi apa yang lebih penting aku kagum dengan cara dia membawa diri sebagai selebriti muslimah, pelajar, isteri dan ibu yang cukup sibuk....

Walaupun aku tidak mengenalinya sepertimana aku mengenali rakan-rakan ku yang lain, aku masih boleh merasai aura yang ada padanya...Beginilah jadinya jika kagum dengan seseorang....Bayangkan, dia berjaya mengubah dirinya kepada yang lebih baik dan mungkin lebih baik dari aku...mendidik diri menjadi muslimah yang kental dan berfikiran terbuka....

Aku hanya menjadikannya contoh setelah aku membaca nota yang ditulisnya di dalam laman web sosial FB mengenai cara dia mendidik anak mengikut kaedah Islam....Islam itu amat indah jika kita berjaya mempraktikkan dalam kehidupan kita dan sesungguhnya Islam itu bukan sesuatu yang kuno....Cuma,ramai di kalangan kita hari ini yang menganggap Islam itu menyusahkan....Nauzubillahi min zalik...

Ramai cendiakawan dan muslimah hebat yang boleh dijadikan contoh, tapi bagi diri aku, amat mudah jika idolaku adalah insan yang dapat kulihat kejayaannya di depan mata ku sendiri...Semoga ia mampu mempengaruhi aku untuk menjadi muslimah yang tabah...Dia ialah Wardina Safiyyah....






Kalau orang bercinta, sudah tentu dialog seperti ini biasa kedengaran, "Tak nampak orang,nampak bumbung pun jadilah...". Aku akui...tapi bukan sebab aku bercinta, cuma kebijaksanaan dan cara pemikiran beliau aku kagumi... Beliau mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis...Yang lebih mengagumkan, beliau mahir dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab...aku mengenali beliau ketika aku belajar di UIAM...Mujur juga mengenali beliau ketika aku di tahun pertama, maknanya tidak lah terlewat untuk menyuntik semangat ku ketika di UIAM...

Kawan-kawanku sudah tentu faham dengan perangai aku ini...Mana tidaknya, ketika itu, kalau tidak ada kelas bersama beliau, tengok keretanya sahaja sudah mampu menaikkan semangatku...PEB2581...Memang aku gila....Aku sentiasa berlawan dengan diriku untuk mendapatkan kejayaan seperti mana idolaku...

Dalam usia beliau yang masih muda, beliau berjaya mendapatkan gelaran Doktor Falsafah...Kini, beliau memegang jawatan sebagai Dekan di UIAM...Bagusnya kalau aku boleh berjaya seperti beliau...Sekarang,aku menyambung pelajaran di peringkat Sarjana kerana terpengaruh dengan kejayaan beliau...

Beliau yang dimaksudkan adalah Dr.Badri Najib Zubir...


Untuk kalian, TERIMA KASIH.....Saya berusaha untu menjadi seperti anda....

MY ENGLISH

Hahaha....I am trying to improve my English...at least,people understand what i am talking about...hehe....For me,English language is important when i further my study to master level at OUM...When I was in UIA, I was trying very hard to understand English especially in reading....and not in speaking....so, the result, I still have no confidence in speaking...

There are a vast of journals written in English, so I don't have any choices to avoid  them...because I must use all the journals as my reference in doing the assignments..So, what should I do???

I went to English class, but i don't join the class...because the fee is very expensive....So, i planned to learn English myself....I refer to my BESTA, I read much, I listen to English songs and I speak English with my hubby...Alhamdulillah, I am confidence to speak English now...Even not fluent as my friends...

It is ok, at least I try....hehe...
So, how was my English???kihkih....

PENGURUSAN AKAUN YANG LEMAH

Inilah blog terbaru aku....sebelum ini,blog aku adalah haryantiharun.blogspot.com, sktambirat.blogspot.com dan kedaiumibiz.blogspot.com.....aku create blog baru ni sebab email lama tak dapat digunakan lagi....Itulah lemahnya aku menggunakan teknologi....

Tapi tidak mengapa kerana aku belajar dari kesilapan...hehe...sekarang,aku mempunyai 3 email untuk setiap urusan ku...ada email yang khas untuk entertainment, ada juga untuk personal, dan yang terbaru ini akan digunakan untuk semua urusan perniagaan....

Jadi, untuk anda di luar sana yang masih seperti saya yang dulu, bertindaklah untuk memudahkan urusan harian anda...hehe...Oleh itu, selamat datang ke blog aku-TERATAK HATI DAN MINDA...