Terlalu rajin hari ni menulis pelbagai topik...hehe....Semua topik yang ditulis adalah segala perkara yang aku fikirkan...Kotak pemikiranku ini begitu ligat bekerja dan menganalisis semua benda tidak ubah seperti mesin scan di shopping kompleks...
Bila ternampak muka dia, aku menjadi semangat dan berkobar-kobar...tidak tahu mengapa....Memang dia cantik, tetapi apa yang lebih penting aku kagum dengan cara dia membawa diri sebagai selebriti muslimah, pelajar, isteri dan ibu yang cukup sibuk....
Walaupun aku tidak mengenalinya sepertimana aku mengenali rakan-rakan ku yang lain, aku masih boleh merasai aura yang ada padanya...Beginilah jadinya jika kagum dengan seseorang....Bayangkan, dia berjaya mengubah dirinya kepada yang lebih baik dan mungkin lebih baik dari aku...mendidik diri menjadi muslimah yang kental dan berfikiran terbuka....
Aku hanya menjadikannya contoh setelah aku membaca nota yang ditulisnya di dalam laman web sosial FB mengenai cara dia mendidik anak mengikut kaedah Islam....Islam itu amat indah jika kita berjaya mempraktikkan dalam kehidupan kita dan sesungguhnya Islam itu bukan sesuatu yang kuno....Cuma,ramai di kalangan kita hari ini yang menganggap Islam itu menyusahkan....Nauzubillahi min zalik...
Ramai cendiakawan dan muslimah hebat yang boleh dijadikan contoh, tapi bagi diri aku, amat mudah jika idolaku adalah insan yang dapat kulihat kejayaannya di depan mata ku sendiri...Semoga ia mampu mempengaruhi aku untuk menjadi muslimah yang tabah...Dia ialah Wardina Safiyyah....
Kalau orang bercinta, sudah tentu dialog seperti ini biasa kedengaran, "Tak nampak orang,nampak bumbung pun jadilah...". Aku akui...tapi bukan sebab aku bercinta, cuma kebijaksanaan dan cara pemikiran beliau aku kagumi... Beliau mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis...Yang lebih mengagumkan, beliau mahir dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab...aku mengenali beliau ketika aku belajar di UIAM...Mujur juga mengenali beliau ketika aku di tahun pertama, maknanya tidak lah terlewat untuk menyuntik semangat ku ketika di UIAM...
Kawan-kawanku sudah tentu faham dengan perangai aku ini...Mana tidaknya, ketika itu, kalau tidak ada kelas bersama beliau, tengok keretanya sahaja sudah mampu menaikkan semangatku...PEB2581...Memang aku gila....Aku sentiasa berlawan dengan diriku untuk mendapatkan kejayaan seperti mana idolaku...
Dalam usia beliau yang masih muda, beliau berjaya mendapatkan gelaran Doktor Falsafah...Kini, beliau memegang jawatan sebagai Dekan di UIAM...Bagusnya kalau aku boleh berjaya seperti beliau...Sekarang,aku menyambung pelajaran di peringkat Sarjana kerana terpengaruh dengan kejayaan beliau...
Beliau yang dimaksudkan adalah Dr.Badri Najib Zubir...
Untuk kalian, TERIMA KASIH.....Saya berusaha untu menjadi seperti anda....


No comments:
Post a Comment