Tuesday 18 October 2011

DOA BUKAN HANYA UNTUK DIRI SENDIRI

Doa itu, walaupun simple, tetapi memberi makna yang cukup mendalam. Ketika berdoa, mintalah apa sahaja kerana Allah itu maha Pemurah..
Doa adalah senjata orang Islam. Mari kita berdoa.

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah ya tuhanku, tuhan sekelian makhluk, tuhan yang maha esa...
Ampuni segala dosa-dosa yang telah ku lakukan selama aku hidup ini...
Aku amat menyesali dengan segala perbuatanku akibat kelalaianku terhadap agamaMu..

Ya Rahman, Ya Rahim...
Ampuni juga dosa2 kedua ibu bapaku, dosa2 abangku, juga dosa2 suamiku walaupun ia sebesar zarah.
Keampunan mu ku harapkan agar kami sama2 dapat hidup bahagia di jannahmu..
Aku tahu, aku tidak layak untuk Jannahmu, tetapi ampunilah segala dosa2 ku dan ahli keluargaku kerana kami tidak sanggup menerima azab nerakaMu...

Ya Allah, kau ampuni jugalah dosa2 seorang hamba Allah ini....Dia terlalu banyak menyakiti hati2 orang disekelilingnya tanpa dia sedari....Ampuni juga dosa2 nya kerana sering berlagak sombong atas bumi Mu ini ya Allah....Ampuni juga dosa2nya kerana sering menceritakan aib suaminya kepada orang lain...

Ya Allah, berikannya petunjuk dan hidayah untuk memperbaiki sikap mazmumahnya...Tanamkan dalam hatinya sifat2 yang mahmudah agar kami disekelilingnya tidak berbuat dosa...Ya Allah, bantulah aku untuk menghindari diri ini dari malakukan perkara2 yang berdosa...

Ya Allah, Engkau telah memberi peraturan kehidupan yang amat cantik untuk hamba2Mu....Engkau maha penyabar walaupun hamba2mu ini banyak melakukan dosa...Berilah hidayah kepada generasi muda supaya mereka tidak melanggar hukum hakam Mu....Begitu banyak kes2 pembuangan bayi dan pembunuhan bayi sekarang ini, berikan mereka pengajaran agar mereka dapat menginsafi salah silap mereka...

Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui segala2nya...Jadikan aku hambamu yang solehah...Jadikanku Muslimah yang berkualiti, isteri yang taat serta anak yang tidak derhaka pada ibu bapaku...Kau tetapkalah keimananku ini...kukuhkan keimananku ini agar aku dapat terus patuh dan tunduk dengan segala perintahMu...Jangan kau balik-balikkan keimananku ya Allah....Sesungguhnya aku benar2 bertaubat...

Ya Allah ya tuhanku pemberi rezeki, lapangkan rezeki ku juga keluargaku, kurniakan kami rezeki yang halal agar kami dapat membantu muslimin dan muslimat yang lain....Agar kami dapat menunaikan zakat yang merupakan Rukun agamaMu ini...Ya Allah, panjangkan umur kami agar kami dapat membuat kebaikan di muka bumi ini...

Ya Allah, peliharah keselamatan juga kesihatan ku serta keluargaku..Jauhkan diri kami dari perkara2 yang merosakkan keimanan kami...Hindai kami dari gangguan, bisikan dan godaan syaitan... Ya Allah, kurniakan IQ yang tinggi untuk semua murid2ku agar mereka berjaya dunia dan akhirat..AMEEN

Friday 23 September 2011

Anak Kecil Cakap Inggeris

Aku baru terjumpa kes di mana kanak-kanak berusia 4 tahun cakap inggeris dengan keluarganya sedangkan seluruh isi keluarga itu bercakap dalam Bahasa Melayu. Jadi, bagaimana pula si kecil ini boleh menguasai bahasa Inggeris? Adakah dia 'terkenan'?

Jawapannya ialah TV. TV memang berpengaruh. Sebab itu kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa memantau rancangan-rancangan yang ditonton oleh anak-anak kita. Kes seperti yang saya sebutkan di atas adalah positif kerana si kecil itu memang gemar menonton kartun. Tapi bagaimana pula jika si kecil kita meihat sesuatu yang tidak bermanfaat?

Kanak-kanak berusia 4 tahun ini lebih mempercayai kartun dari ibunya sendiri. Ibunya mempelawanya makan pisang, tetapi dia menjawab," No..! No..! Banana! Banana!" . Kedengaran amat lucu, tetapi nampak cerdik. Sampailah satu hari, si kecil ini menonton Upin dan Ipin, barulah dia sebut pisang itu pisang.

Bagaimana pula dengan pengaruh negatif? Pada tahun 2005, aku mula mengajar di sebuah sekolah dan ketika Majlis Anugerah Cemerlang, murid-murid di sini membuat persembahan yang pada aku tah apa-apa. Sdikit pun tidak ilmiah. Kalau mereka mempersembahkan sesuatu yang mempunyai unsur ilmiah, tak apa lah, seperti tarian kebudayaan ke..ini tidak, mereka menari-nari di atas pentas dan pada aku ia kelihatan kurang sopan. Kalau budak-budak kecil,bolehlah dimaafkan, tetapi ini dah besar...

Tap apa boleh buat, mereka terpengaruh dengan apa yang dipaparkan di dalam TV. Kita memang tak boleh marah orang media kerana menyiarkan program -program TV yang kurang nilai murninya, kerana mereka menyajikan progran yang boleh menaikkan rating dan memberi keuntungan. Kita sebagai ibu bapa ni lah yang perlu pantau semua aktiviti anak-anak kita.

Sudah tentu ramai ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya menjadi insan yang berkualiti jasmani dan rohani, daripada melihat anak-anak yang sering melakukan aktiviti-aktiviti yang tiak memberi manfaat apa-apa. Di manakah anak-anak kita nanti apabila kita sudah tiada? Adkah mereka akan sedekahkan al fatihah dan mendoakan kita?

RINGAN SAMA DIJINJING, BERAT SAMA DIPIKUL

Aku percaya, isteri-isteri di luar sana majoritinya sanggup berkorban apa sahaja untuk suami yang mereka cintai. Alhamdulillah....Mudah-mudahan syurgalah tempat kalian semua....Ada antara kita yang berbahagia hingga akhir nyawa kerana adanya sikap tolak ansur, hormat menghormati dan bekerjasama antara satu dengan yang lain.

Ada juga orang yang mendapat bahagian tidak seperti orang lain. Hidup merana, susah, tertekan dan sebagainya....Biasanya kita akan berkata,' Bahagian masing-masing...Allah nak uji kita...". Ya,Allah akan menguji kita kerana Allah tahu kita mampu untuk mengatasi ujiannya...Mengapa Allah uji kita? Allah hanya nak menduga kita,nak test kita, adakah bila kita berada dalam keadaan susah, kita akan kembali memohon kepadaNya atau kita menjadi sombong apabila kita sudah senang??? Semua ini ada hikmah..Kia tidak boleh bersangka buruk dengan Allah...Apa hak kita? Sedangkan Allah itu Maha Mengetahui dan dia juga adalah Pencipta kita. Sesunguhnya, Alah itu tidak zalim.

Kes 1:
Sepasang suami isteri ini nampak hidup bahagia di mata orang lain. Tetapi segala masalah rumahtangga yang mereka hadapi hanya terbeban kepada si isteri. Mengapa? Kerana si suami terlalu ego dan sedikit pun tidak mahu berubah. Si suami tidak bekerja sedangkan si isteri bertungkus lumus mencari duit untuk menampung kehidupan sekeluarga. Walaupun si isteri itu seorang yang bekerjaya, tetapi kemampuan si isteri tidak sama dengan suami untuk menjadi tunggak pada sebuah keluarga. Hutang piutang si suami terpaksa ditanggung isteri. Si suami hanya pandai bercakap, tetapi tidak ada sebarang tindakan untuk mengubah nasib keluarganya itu. Bila si isteri minta suami untuk bekerja, jawab si suami, kerja itu tidak bersesuaian dengan minatnya, kerja itu terlalu berat, bos itu suka menindas dan beribu alasan lagi. Sebagai isteri, apa lagi usaha yang dia boleh lakukan? Lebih berat lagi apabila pihak bank mula mula datang mencari untuk menarik kereta yang sudah berbulan-bulan tidak dibayar suami. Apakan daya, walaupun suami yang menggunakan kereta tersebut, tetapi kereta itu atas nama isteri....

Kes 2:
Si suami main kayu 3 di belakang isteri. Semua isteri tidak suka dirinya diduakan. Hatinya akan terluka. Tetapi si suami tetap ingin melayan nafsunya untuk bercinta dengan orang lain sedangkan dia sudah beristeri. Lebih memilukan lagi jika si suami menggunakan duit isteri untuk bersama berpoya-poya dengan perempuan lain. Ke mana hilangnya rasa dan pertimbangan si suami terhadap isterinya?

Kes 3:
Semua cukup lengkap. Dari segi kewangan, keselesaan hidup, mempunyai anak-anak, tetapi si isteri makan hati apabila si suami lupa pada Allah. Suami tidak solat walaupun sudah berbuih mulut si isteri menasihati itu dan ini.

Respon Kes 1:
Jawapan standard yang biasa kita jumpa dan dengar adalah DUDUK BERBINCANG. Masalahnya, segala perbincangan hanya sekadar perbincangan. Bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saya memahami situasi ini lebih-lebih lagi jika si suami seorang yang degil. Kadang-kadang,kita perlu 'mengajar' mereka dengan cara kita sendiri (cara yang tidak salah di sisi syarak dan undang-undang). Sebagai seorang isteri,kita perlu berfikir secara kreatif, bijak dan cerdik. Jika masih belum mampu mengeluarkan idea yang bernas, rujuklah kawan yang betul-memahami dan dapat memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada kita. Bukan niat untuk memburuk-burukkan suami, tetapi ini merupakan satu terapi untuk diri sendiri juga sebagai panduan untuk kita mengatasi masalah yang kita hadapi.
1. Catat jumlah gaji dan buat bajet terus di atas kertas dan tampal di mana-mana tempat yang suami boleh nampak, dengan harapan dia tahu aliran tunai kita dan tidak sesuka hati buat duit kita maca duit dia.
2. Fikir mengenai minat dan kelebihan suami dan gabungkan menjadi sesuatu yang boleh dimanfaatkan, dan paling penting ia boleh mendatangkan hasil.
3. Sesekali susahkan si suami. Timbulkan satu situasi kecemasan yang menyebabkan dia nak tak nak terpaksa cari duit. Contohnya, beritahu dia mak kita nak pakai duit untuk perubatan, dan lihat respon dari dia.
4. Minta ibu suami kita menasihati anak dia, serta mendoakan perubahan suami kita. Ada orang, cakap mak dia akan dengar berbanding isteri.

Respon Kes 2:
1. Elakkan dari memegang konsep "Duitku duitmu" bagi pihak isteri. Sebab, suami tidak ada hak untuk mengacau duit kita, kecuali kita memang bekerja untuk membantu suami.
2. Isteri perlu mengkaji dan sentiasa menilai personalitinya agar si suami sedikit pun tidak ada rasa untuk jatuh cinta dengan orang lain. Kadang-kadang, suami kita jatuh cinta dengan orang lain kerana perangai kita sendiri yang mungkin suka membebel-bebel....selekeh....Dulu dia suka kat kita sebab kita cantik, tak membebel-bebel....
3. Sentiasa hargai dan hormati suami.

Respon Kes 3:
Walaupun ini hanya antara suami dan Allah, tetapi sebagai seorang isteri, kita mendambakan suami yang tinggi imannya agar dapat sama-sama mewujudkan keluarga sakinah. Oleh itu, si isteri perlu sentiasa menasihati suami...SELALU...jangan sampai memarahi suami....Tapi, janganlah tiap-tiap hari keluakan ayat yang sama....isteri perlu kreatif....mungkin isteri boleh menyelitkan sikit semasa berbual-bual atau timbulkan satu situasi gambaran ketika kita mati,,,,Mudah-mudahan suatu hari nanti pintu hatinya akan terbuka. Jangan lupa berdoa, kerana doa itu adalah senjata paling tajam.

Kesimpulan yang dapat dihuraikan di sini ialah, baik isteri atau suami, sebenarnya perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing. Jika kita di waktu kecil tidak dibimbing oleh ibu bapa kita untuk menjadi Muslimin yang soleh dan berkualiti, itu tidak bermakna kita tidak boleh berubah. Yang penting, guna akal yang dikurniakan Allah untuk menilai diri kita sendiri.

Saturday 13 August 2011

DITELAN MATI MAK,DILUAH MATI BAPA

Peribahasa ini memberi maksud seseorang itu berasa bersalah dengan setiap tindakan yang akan dibuatnya.
Secara logik akal, kiranya bila kita telan, mak yang mati, bila kita nak luah,bapa pula yang mati....so,kita kemam jelah kot...

Kemam sampai bila? Sampai apa yang dikemam jatuh tergolek??? Itulah kehidupan....sentiasa berlaku perkara-perkara yang kita tak duga....Kehidupan seperti malang juga, tak berbau.....Kita sebagai manusia perlu rasional dan kreatif dalam menghadapi segala masalah dan mencari jalan penyelesaiannya.

Tidak cukup dengan rasional, kita juga perlu ada rasa sabar yang jika diukur, ia sepatutnya lebih tinggi dari menara berkembar KLCC tu. Cukup kuat dan kukuh ke kita membina kesabaran setinggi itu? Jika kita percaya dengan qada dan qadar Allah, insyaAllah kesabaran itu sentiasa kukuh...bagaimana pula jika diri kita dan kepercayaan kita rapuh? Penyebab kerapuhan tersebut adalah dari mereka yang berada di sekeliling kita yang sentiasa menguji kesabaran yang ada....Manusia tidak pernah terlepas dari sikap alpa iaitu sangat mudah menjadi lupa.

Besesuaian dengan perkataan mausia itu sendiri, iaitu insan-nisyan....yang sentiasa lupa....Lupa dari bermacam aspek....Bagaimana pula nak memupuk asas yang kuat? itulah yang perlu difikirkan...Jangan sekali-kali mengeluh..itulah ayat yang sering kali kita dengar dan ungkapkan...Tapi.....ah.......(Lihat, sudah mula mengeluh).

Jika diperhatikan, kita mengeluh apabila kita menghadapi masalah yang belum dapat diselesaikan dan ada kalanya juga kita mengeluh kerana marahkan sesuatu, tetapi tidak dapat dizahirkan, atau juga kerana terlalu penat dengan kerja seharian....Walau apa jua alasannya, ia patut dijauhi...

Coretan aku kali ini sebenarnya lebih kepada inin berkongsi apa yang aku lalui sekarang. tetapi aku rasa was2pula untuk dikongsikan disini...Kalau macam tu, aku nak pergi cari bedak ZAITUN dulu supaya hilang was-was aku ni...hehehehe

Sunday 3 July 2011

CUAK

Apa tu CUAK??? Cuak ni lebih kurang macam gabra la...tak tentu arah je perasaan kita ni...Ha...itulah yang aku sedang lalui sekarang....sebab semua assignment aku tak siap.....Motivasi aku sudah terbang...Tiada penguat dan pembakar semangat di sisi....perasaanku kala ini begitu lemah bagai si isteri baru kematian suami.....Perasaan ini bercampur baur, tetapi aku masih sama...tidak membuat apa- apa tindakan untuk mengatasi perasaan cuak ini...

Aku tidak dapat fokus pada kerja-kerja aku...Hidup aku dah jadi seperti anak yang malang kerana ditinggalkan ibu bapa...owh...apa sudah jadi terhadap diriku...Bad mood,semua ada...stress pun ada...Lebih-lebih lagi bila telinga aku ini seringkali terdengar cerita-cerita iri hati, hasad dengki dan beribu jenis penyakit hati...

Tiba-tiba rasa malas nak type...sampai sini jela dulu...

Wednesday 29 June 2011

DUNIA DAH TERBALIK

Dah lama tak meluahkan rasa dan fikiran di blog ni....sibuk dan tidak ada cerita yang menarik...tapi, hari ni ada cerita yang amat menarik, sebab isu yang timbul kali ni, kecil saja, tapi diperbesar-besarkan..Sebab tu tajuk kali ni, DUNIA DAH TERBALIK!
Ergh....!!! Naik sekolah baru ni, aku dapati ada barang aku yang hilang...extention wire...kt rumah xde,dan seingat aku, aku letak bawah meja aku....Dah hilang, nak buat macamana...Aku pun takde tulis nama..Xpelah...dan aku beli la yang baru dan aku letak nama aku...supaya tak hilang dan siapa2 yang ambik, boleh la pulangkan semula....Bukan kedekut, tapi itu sebahagian tanggungjawab kita.
Pagi tadi, aku datang sekolah,ada perhimpunan, lepas dari perhimpunan,aku masuk ke bilik guru dan meneruskan kerja seperti biasa tanpa mengendahkan kipas kecik yang aku letak di bawah meja ku...Entah kenapa, tak terasa nak pasang kipas....Tiba2, kawanku mengatakan bahawa wayar aku diambil orang, so aku hanya meletakkan iklan di depan bilik guru supaya siapa2 yang terambil/lupa memulangkannya, boleh la pulangkan....Lepas aku tampal,seorang cikgu beritahu aku, mereka guna untuk program semalam. Aku senyum je, sambil berlalu pergi...sebab aku dah lewat masuk ke kelas.
Habis saja mengajar, aku  terserempak dengan cikgu tadi, dia memberitahu aku wayar ada di bawah, so aku pun pergi ambil dan naik ke bilik guru. Iklan tadi telah kucabut dari dinding. Yang tak bestnya....
Ada cikgu bagi tau aku, ada orang bising2 pasal iklan yang aku tampal tu...Orang tu cakap,aku sepatutnya bincang....(mungkin dia tak berkenan dengan iklan tu kot...). Ramai yang cakap dia marah-marah....
Haha...sekarang, aku dah tahu siapa yang ambil! Orang yang buat bising tu la....kalau dia tak ambil, tentu dia tak berbuyi...ANDA TELAH MEMBUKA AIB ANDA SEKALI LAGI....
Yang hairan tu, aku tuan punya barang, aku pulak yang kena sound.......dia boleh diketegorikan sebagai penakut sebab hanya berani menempelak di belakang ku sahaja....HAHAHA....
TIDAK ADA ADAB adalah satu frasa yang lebih sopan aku beri kepadanya...Sebab: perkara tak besar mana pun...tapi sengaja diperbesarkan....Salah dia, dia twist pulak kepada kita...Ambil barang orang tak bagitahu,takpe lagi, tapi biarlah diletakkan semula di tempat yang dah diambil....kalau tak letak pun, sekurang-kurangnya beritahu aku....Itu kan barang aku...aku ada hak atas barang aku....sekali dulu dah hilang, tak kan kali ni nak hilang lagi....?
Wayar tu memang amat penting bagi aku dan kawan meja sebelah ku sebab takde wayar tu, kami akn kepanasan....Sebelum tahu di mana letaknya wayar tu, aku dah suruh budak pergi cari di kelas ceramah tu, tapi tak ada, jadi tidak salah aku buat iklan...
Seorang cikgu lain mengatakan kepadaku, dia pernah pinjam wayar aku tu, tapi diletakkan semula ditempatnya, aku tak kisah, asalkan ,masa aku datang sekolah, benda ada, aku boleh guna...bukan kedekut pun....Aku wat iklan sebab aku nak cari....kalau hp, boleh la nak miskol2....ini wayar....
Alang-alang aku cerita pasal mangkuk hayun ni, rupa-rupanya melalui cerita2 yang disampaikan kepada aku, c mangkuk hayun ni selalu buka aib dia tanpa disedari....HAHAHA...KALI KE BERAPA AGAKNYA MEMBUKA AIB SENDIRI.....Dia tak tahu,orang menyampah ke dia...ish2...kesian betul la....Ada yang kata dia sombong, bongkak, dan semakin angkuh...YA ALLAH, jauhkan aku dari sifat tersebut....Orang cakap macam tu sebab dia selalu cerita hal suami dia, hal duit, seolah-olah dia la yang paling bagus....Ada pulak yang bertanya, suami dia pegawai ke? Yang paling menyedihkan bila dia kutuk mak mertua dia di depan kawan2 yang ada.....SEKALI LAGI DIA MEMBUKA AIBNYA SENDIRI...Orang tidak bercerita, tetapi orang boleh nilaikan kualiti yang berada pada diri dia hasil daripada diri dia sendiri yang sering tidak menjaga adab dan aib diri....
Kasihan sungguh...tapi apakan daya,tidak ada yang nak menegur kerana sudah terlalu jelek dengan perangai dia yang berlagak bagus, terlalu angkuh dan tiadak ada rasa hormat pada orang yang lebih tua....Walaupun itu memang perangai kita, kita perlu belajar untuk mengawal segala kelemahan diri yang ada....

Saturday 11 June 2011

PERASAAN SEORANG ISTERI

Bukan mudah menjadi seorang isteri, lebih-lebih lagi jika bersuamikan insan yang tidak mengerti kehendak dan keinginan isteri. Senang cerita, kita mudah makan hati melihat sikap dan perangai suami kita..

Dalam rumahtangga, perbalahan, perselisihan pendapat memang lazim. Kenapa boleh jadi macam tu ek? Sedangkan masa sebelum kahwin, jarang-jarang bergaduh...sepatutnya lepas kahwin, tak bergaduh langsung...Silap...

Situasi sebelum kahwin, tidak sama dengan selepas kahwin. Belum dapat...memang la macam tu...Baik perempuan, baik lelaki, sama je...Sebelum kahwin, kita control habis...macam kita nak exam/present dalam kelas,kitabuat sehabis baik, sama gak la dengan sebelum kahwin...kalau boleh,kita tak nak pasangan kita tahu kelemahan dan kekurangan diri kita...Aku dulu-dulu tak macam tu pun....bergaduh selalu, apa tidaknya, pasang spare part kemain lagi banyaknya..tak de control-control...kalau aku memang jenis pendiam dengan orang yang aku tak biasa, macam tu jugaklah perangai aku masa jumpa bakal mak mertua aku...Yang peliknya, sampai sekarang aku perangai macam tu...

Maknanya di sini, perhubungan sebelum kahwin indah sebab banyak menyembunyikan kekurangan dan jarang berjumpa. Sekarang selepas kahwin, tiap-tiap hari berjumpa dan segala kelemahan dan kekurangan yang kita sorokkan sebelum kahwin semuanya terbongkar..Masa ni la masing-masing tak dapat terima kelemahan masing-masing...tu yang boleh mencetuskan kemarahan, kegeraman dan akhirnya kekecewaan.

Aku cakap ni pun, untuk diri sendiri jugak....Yelah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri...Haha...Kita baru berapa tahun kahwin, memang belum cukup kenal dengan pasangan kita...tah-tah baru 10%.....Manala kita boleh ubah perangai dia sesuka hati kita...Orang kata, dah jadi darah daging...Susah...

Sebab tu ramai isteri-isteri yang selalu makan hati berulam jantung. Aku sendiri alami benda yang sama. Mula-mula dulu, tak puas hati, cakap lepas je, pas tu gaduh, masam muka, tak bertegur....Tapi lama kelamaan, aku belajar apa itu SABAR...aku geram ke, aku marah ke, paling-paling pun aku diam jela...Tak mesra sangat...dan kadang-kadang tu aku abaikan je...Lebih makan dalam la kiranya...

Tapi, selama mana? Itulah soalan yang aku sendiri tak tahu nak jawab...Sebab sampai sekarang pun, aku masih diam...tak fikir, tak boleh....tak ubah, tak boleh...tapi bila fikir, sakit kepala, bila nak ubah, dia masih sama, menyakitkan hati pula...owh...Kesian isteri-isteri ni...Suami macam tak ada perasaan je ...

Selalu sangat dengar dialog "Awak tak boleh faham saya ke...?"..Aah,kita jela nak faham dia, dia ada tanya diri sendiri tak, sama ada dia faham kita atau tak? Huhu...jarang sangat...Sebab lelaki memamg dilahirkan untuk tidak memikirkan dan mengendahkan perkara-perkara kecil yang berlaku di depan dia. Dalam konteks ini, isteri juga adalah perkara kecil jika nak dibandingkan dengan sebelum kahwin. Sebelum kahwin, awek la segala-galanya..Kalau putus cinta, macam nak mati dibuatnya...

Bila dah kahwin, benda tu hilang terus...Macam suami aku jugaklah...Selalu sangat dia kata "Yelah, sekarang kan dah jadi hak milik, buat apa nak risau sangat...dulu lain, sekarang dah dapat..." Huhu...apa punya orang la...

Sebenarnya isteri ni akan selesa, tak membebel-bebel/tak menyanyi-nyanyi (istilah bebel yang suamiku guna untuk aku) bila suami sentiasa ada bersama dia lebih dari kawan-kawan dia...Haha...Sentiasa ada bersama tu, biarlah dalam keadaan CELIK...bukan dalam keadaan PEJAM...Ramai suami kat luar sana yang suka melepak dengan kawan-kawan macam gaya orang bujang..Ada yang 1 pagi baru balik rumah...Tapi bila kita 'menyanyi-nyanyi', jawapan dia, "Dari pagi saya kat rumah dengan awak,biarlah saya jumpa kawan..." Aah, kalau dari pagi atau asal ada kat rumah je membuta, mana ada bersama-sama....Kualiti masa pergi macam tu je...Tension tak??

Kalau kualiti masa bersama tip top, memangla isteri dia tak membebel...Satu lagi, jadi isteri ni memang susah nak-nak bila jadi suri rumah...semua kerja kita kena buat.....cuci jamban, cuci luar, sapu rumah...semua....kalau dapat bantuan dari suami kan, elok...buat kerja sama-sama untuk menambahkan lagi kasih dan sayang...Tapi suami ramai yang tak nak buat sebab isteri dia cerewet....Haha...Memangla...kita tak suka buat kerja dua kali...sia-sia...kalau lipat baju, biarlah senonoh sikit..nak tolong, biar tolong yang betul-betul....hehe...TAMAT