Terlalu murung.....aku rasakan segala kebahagiaan dalam diri aku terbang bagai habuk-habuk yang disapu...Tidak tahu ke mana arah dan tujunya....Semuanya berpunca kerana tidak ada persefahaman yang telus....Owh...adakah ia salah aku? Atau salah di pihak satu lagi? Ini bukannya pertandingan lumba lari atau main dam haji...Menang dan kalah adat permainan...Habis main, habislah...Ini melibatkan hati, perasaan dan akal....Sesuailah dengan nama blog aku ni-TERATAK HATI DAN MINDA.....
Manusia sememangnya amat lemah, tetapi sebagai manusia, kita berusaha untuk memperbaiki diri...Hidup kita tidak ubah seperti kereta....yang sentiasa perlu diservis dan dijaga luaran dan dalamannya agar bertahan lama dan memberi faedah kepada tuan punya kereta....Di dalam aku berusaha ke arah itu, aku tertekan...kalau lah aku ini sebuah kereta, mungkin sekarang ini aku dah rosak sebab tidak diservis dan dijaga sebaiknya....
Jangan kata aku tidak memahami situasi, aku memahami situasi lebih daripada orang lain kerana ini hidup aku...Tetapi, aku tidak mendapat kerjasama yang aku harapkan dari dia....Adakah aku tidak memahami diri dia? Aku telah lama berusaha ke arah itu, tetapi dia mengeksploitasi kepercayaan aku kepadanya....Wei...serabut kepala aku....Kenapa dia tidak mahu berubah? Atau adakah aku terlalu mengharapkan sesuatu yang begitu tinggi? Rasanya tidak...Sebab aku telah mengikut rentak yang dia inginkan...tetapi dia mengambil kesempatan....Aduh...sedihnya aku rasa...Hati aku ni bagai ditoreh-toreh dengan pisau toreh...Sangat sakit...
Mungkin aku lebih mementingkan masa, akhirnya aku jadi begini....Masa begitu penting bagi aku..dengan menggunakan masa yang betul, aku dapat membereskan segala kerja dengan cepat dan ada 'quality time' dengan keluargaku..tapi....ergh...!!!! Aku tidak mampu membina apa yang aku inginkan bersendirian...Dulu lain, sekarang lain...Masa aku masih bujang, aku tidak terikat dengan siapa-siapa, aku bebas membuat apa sahaja..tetapi, bila sudah berkahwin, ada batasannya....tapi....argh...!!!!! Tension betul la...
Aku tidak hebat...aku bukan nak sangat mengarah itu ini, tetapi jika pekara-perkara kecil yang sepatutnya dibuat tidak dibuat, aku perlu bersuara...Kita diberi akal untuk berfikir, gunalah sebaiknya...Aku tidak suka orang yang tidak menggunakan otaknya untuk berfikir....Sudahlah malas berfikir, malas pula untuk membuat kerja-kerja yang sepatutnya....Aku seolah-olah berada di depan jenazah atau mayat....Owh....No....Aku tidak tahu lagi bagaimana cara untuk mengubah mayat hidup ini.....
Masih lagi aku ingat sebuah lagu daripada Pak Pandir suatu ketika dulu..
ADA MATA PANDANG,
ADA TELINGA DENGAR,
ADA MULUT DIAM,
ADA AKAL PAKAI.....
3hari aku berlalu tanpa apa-apa perasaan yang positif...semuanya hanya kemurungan...Aku perlu keluar dari perasaan ini, tetapi masih tidak mampu kerana setiap hari ada sahaja perkara-perkara yang tidak aku suka....Berubahlah....Jangan sampai suatu hari anda menyesal...Anda mengenali saya...Saya tidak mahu ambil tindakan terhadap anda, tetapi anda perlu berhati-hati dan jangan kerap mencabar kesabaran saya...
No comments:
Post a Comment