Peribahasa ini memberi maksud seseorang itu berasa bersalah dengan setiap tindakan yang akan dibuatnya.
Secara logik akal, kiranya bila kita telan, mak yang mati, bila kita nak luah,bapa pula yang mati....so,kita kemam jelah kot...
Kemam sampai bila? Sampai apa yang dikemam jatuh tergolek??? Itulah kehidupan....sentiasa berlaku perkara-perkara yang kita tak duga....Kehidupan seperti malang juga, tak berbau.....Kita sebagai manusia perlu rasional dan kreatif dalam menghadapi segala masalah dan mencari jalan penyelesaiannya.
Tidak cukup dengan rasional, kita juga perlu ada rasa sabar yang jika diukur, ia sepatutnya lebih tinggi dari menara berkembar KLCC tu. Cukup kuat dan kukuh ke kita membina kesabaran setinggi itu? Jika kita percaya dengan qada dan qadar Allah, insyaAllah kesabaran itu sentiasa kukuh...bagaimana pula jika diri kita dan kepercayaan kita rapuh? Penyebab kerapuhan tersebut adalah dari mereka yang berada di sekeliling kita yang sentiasa menguji kesabaran yang ada....Manusia tidak pernah terlepas dari sikap alpa iaitu sangat mudah menjadi lupa.
Besesuaian dengan perkataan mausia itu sendiri, iaitu insan-nisyan....yang sentiasa lupa....Lupa dari bermacam aspek....Bagaimana pula nak memupuk asas yang kuat? itulah yang perlu difikirkan...Jangan sekali-kali mengeluh..itulah ayat yang sering kali kita dengar dan ungkapkan...Tapi.....ah.......(Lihat, sudah mula mengeluh).
Jika diperhatikan, kita mengeluh apabila kita menghadapi masalah yang belum dapat diselesaikan dan ada kalanya juga kita mengeluh kerana marahkan sesuatu, tetapi tidak dapat dizahirkan, atau juga kerana terlalu penat dengan kerja seharian....Walau apa jua alasannya, ia patut dijauhi...
Coretan aku kali ini sebenarnya lebih kepada inin berkongsi apa yang aku lalui sekarang. tetapi aku rasa was2pula untuk dikongsikan disini...Kalau macam tu, aku nak pergi cari bedak ZAITUN dulu supaya hilang was-was aku ni...hehehehe
No comments:
Post a Comment