Aku percaya, isteri-isteri di luar sana majoritinya sanggup berkorban apa sahaja untuk suami yang mereka cintai. Alhamdulillah....Mudah-mudahan syurgalah tempat kalian semua....Ada antara kita yang berbahagia hingga akhir nyawa kerana adanya sikap tolak ansur, hormat menghormati dan bekerjasama antara satu dengan yang lain.
Ada juga orang yang mendapat bahagian tidak seperti orang lain. Hidup merana, susah, tertekan dan sebagainya....Biasanya kita akan berkata,' Bahagian masing-masing...Allah nak uji kita...". Ya,Allah akan menguji kita kerana Allah tahu kita mampu untuk mengatasi ujiannya...Mengapa Allah uji kita? Allah hanya nak menduga kita,nak test kita, adakah bila kita berada dalam keadaan susah, kita akan kembali memohon kepadaNya atau kita menjadi sombong apabila kita sudah senang??? Semua ini ada hikmah..Kia tidak boleh bersangka buruk dengan Allah...Apa hak kita? Sedangkan Allah itu Maha Mengetahui dan dia juga adalah Pencipta kita. Sesunguhnya, Alah itu tidak zalim.
Kes 1:
Sepasang suami isteri ini nampak hidup bahagia di mata orang lain. Tetapi segala masalah rumahtangga yang mereka hadapi hanya terbeban kepada si isteri. Mengapa? Kerana si suami terlalu ego dan sedikit pun tidak mahu berubah. Si suami tidak bekerja sedangkan si isteri bertungkus lumus mencari duit untuk menampung kehidupan sekeluarga. Walaupun si isteri itu seorang yang bekerjaya, tetapi kemampuan si isteri tidak sama dengan suami untuk menjadi tunggak pada sebuah keluarga. Hutang piutang si suami terpaksa ditanggung isteri. Si suami hanya pandai bercakap, tetapi tidak ada sebarang tindakan untuk mengubah nasib keluarganya itu. Bila si isteri minta suami untuk bekerja, jawab si suami, kerja itu tidak bersesuaian dengan minatnya, kerja itu terlalu berat, bos itu suka menindas dan beribu alasan lagi. Sebagai isteri, apa lagi usaha yang dia boleh lakukan? Lebih berat lagi apabila pihak bank mula mula datang mencari untuk menarik kereta yang sudah berbulan-bulan tidak dibayar suami. Apakan daya, walaupun suami yang menggunakan kereta tersebut, tetapi kereta itu atas nama isteri....
Kes 2:
Si suami main kayu 3 di belakang isteri. Semua isteri tidak suka dirinya diduakan. Hatinya akan terluka. Tetapi si suami tetap ingin melayan nafsunya untuk bercinta dengan orang lain sedangkan dia sudah beristeri. Lebih memilukan lagi jika si suami menggunakan duit isteri untuk bersama berpoya-poya dengan perempuan lain. Ke mana hilangnya rasa dan pertimbangan si suami terhadap isterinya?
Kes 3:
Semua cukup lengkap. Dari segi kewangan, keselesaan hidup, mempunyai anak-anak, tetapi si isteri makan hati apabila si suami lupa pada Allah. Suami tidak solat walaupun sudah berbuih mulut si isteri menasihati itu dan ini.
Respon Kes 1:
Jawapan standard yang biasa kita jumpa dan dengar adalah DUDUK BERBINCANG. Masalahnya, segala perbincangan hanya sekadar perbincangan. Bak masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saya memahami situasi ini lebih-lebih lagi jika si suami seorang yang degil. Kadang-kadang,kita perlu 'mengajar' mereka dengan cara kita sendiri (cara yang tidak salah di sisi syarak dan undang-undang). Sebagai seorang isteri,kita perlu berfikir secara kreatif, bijak dan cerdik. Jika masih belum mampu mengeluarkan idea yang bernas, rujuklah kawan yang betul-memahami dan dapat memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada kita. Bukan niat untuk memburuk-burukkan suami, tetapi ini merupakan satu terapi untuk diri sendiri juga sebagai panduan untuk kita mengatasi masalah yang kita hadapi.
1. Catat jumlah gaji dan buat bajet terus di atas kertas dan tampal di mana-mana tempat yang suami boleh nampak, dengan harapan dia tahu aliran tunai kita dan tidak sesuka hati buat duit kita maca duit dia.
2. Fikir mengenai minat dan kelebihan suami dan gabungkan menjadi sesuatu yang boleh dimanfaatkan, dan paling penting ia boleh mendatangkan hasil.
3. Sesekali susahkan si suami. Timbulkan satu situasi kecemasan yang menyebabkan dia nak tak nak terpaksa cari duit. Contohnya, beritahu dia mak kita nak pakai duit untuk perubatan, dan lihat respon dari dia.
4. Minta ibu suami kita menasihati anak dia, serta mendoakan perubahan suami kita. Ada orang, cakap mak dia akan dengar berbanding isteri.
Respon Kes 2:
1. Elakkan dari memegang konsep "Duitku duitmu" bagi pihak isteri. Sebab, suami tidak ada hak untuk mengacau duit kita, kecuali kita memang bekerja untuk membantu suami.
2. Isteri perlu mengkaji dan sentiasa menilai personalitinya agar si suami sedikit pun tidak ada rasa untuk jatuh cinta dengan orang lain. Kadang-kadang, suami kita jatuh cinta dengan orang lain kerana perangai kita sendiri yang mungkin suka membebel-bebel....selekeh....Dulu dia suka kat kita sebab kita cantik, tak membebel-bebel....
3. Sentiasa hargai dan hormati suami.
Respon Kes 3:
Walaupun ini hanya antara suami dan Allah, tetapi sebagai seorang isteri, kita mendambakan suami yang tinggi imannya agar dapat sama-sama mewujudkan keluarga sakinah. Oleh itu, si isteri perlu sentiasa menasihati suami...SELALU...jangan sampai memarahi suami....Tapi, janganlah tiap-tiap hari keluakan ayat yang sama....isteri perlu kreatif....mungkin isteri boleh menyelitkan sikit semasa berbual-bual atau timbulkan satu situasi gambaran ketika kita mati,,,,Mudah-mudahan suatu hari nanti pintu hatinya akan terbuka. Jangan lupa berdoa, kerana doa itu adalah senjata paling tajam.
Kesimpulan yang dapat dihuraikan di sini ialah, baik isteri atau suami, sebenarnya perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing. Jika kita di waktu kecil tidak dibimbing oleh ibu bapa kita untuk menjadi Muslimin yang soleh dan berkualiti, itu tidak bermakna kita tidak boleh berubah. Yang penting, guna akal yang dikurniakan Allah untuk menilai diri kita sendiri.
No comments:
Post a Comment