Friday, 23 September 2011

Anak Kecil Cakap Inggeris

Aku baru terjumpa kes di mana kanak-kanak berusia 4 tahun cakap inggeris dengan keluarganya sedangkan seluruh isi keluarga itu bercakap dalam Bahasa Melayu. Jadi, bagaimana pula si kecil ini boleh menguasai bahasa Inggeris? Adakah dia 'terkenan'?

Jawapannya ialah TV. TV memang berpengaruh. Sebab itu kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa memantau rancangan-rancangan yang ditonton oleh anak-anak kita. Kes seperti yang saya sebutkan di atas adalah positif kerana si kecil itu memang gemar menonton kartun. Tapi bagaimana pula jika si kecil kita meihat sesuatu yang tidak bermanfaat?

Kanak-kanak berusia 4 tahun ini lebih mempercayai kartun dari ibunya sendiri. Ibunya mempelawanya makan pisang, tetapi dia menjawab," No..! No..! Banana! Banana!" . Kedengaran amat lucu, tetapi nampak cerdik. Sampailah satu hari, si kecil ini menonton Upin dan Ipin, barulah dia sebut pisang itu pisang.

Bagaimana pula dengan pengaruh negatif? Pada tahun 2005, aku mula mengajar di sebuah sekolah dan ketika Majlis Anugerah Cemerlang, murid-murid di sini membuat persembahan yang pada aku tah apa-apa. Sdikit pun tidak ilmiah. Kalau mereka mempersembahkan sesuatu yang mempunyai unsur ilmiah, tak apa lah, seperti tarian kebudayaan ke..ini tidak, mereka menari-nari di atas pentas dan pada aku ia kelihatan kurang sopan. Kalau budak-budak kecil,bolehlah dimaafkan, tetapi ini dah besar...

Tap apa boleh buat, mereka terpengaruh dengan apa yang dipaparkan di dalam TV. Kita memang tak boleh marah orang media kerana menyiarkan program -program TV yang kurang nilai murninya, kerana mereka menyajikan progran yang boleh menaikkan rating dan memberi keuntungan. Kita sebagai ibu bapa ni lah yang perlu pantau semua aktiviti anak-anak kita.

Sudah tentu ramai ibu bapa yang mahu anak mereka berjaya menjadi insan yang berkualiti jasmani dan rohani, daripada melihat anak-anak yang sering melakukan aktiviti-aktiviti yang tiak memberi manfaat apa-apa. Di manakah anak-anak kita nanti apabila kita sudah tiada? Adkah mereka akan sedekahkan al fatihah dan mendoakan kita?

No comments:

Post a Comment