Wednesday, 29 June 2011

DUNIA DAH TERBALIK

Dah lama tak meluahkan rasa dan fikiran di blog ni....sibuk dan tidak ada cerita yang menarik...tapi, hari ni ada cerita yang amat menarik, sebab isu yang timbul kali ni, kecil saja, tapi diperbesar-besarkan..Sebab tu tajuk kali ni, DUNIA DAH TERBALIK!
Ergh....!!! Naik sekolah baru ni, aku dapati ada barang aku yang hilang...extention wire...kt rumah xde,dan seingat aku, aku letak bawah meja aku....Dah hilang, nak buat macamana...Aku pun takde tulis nama..Xpelah...dan aku beli la yang baru dan aku letak nama aku...supaya tak hilang dan siapa2 yang ambik, boleh la pulangkan semula....Bukan kedekut, tapi itu sebahagian tanggungjawab kita.
Pagi tadi, aku datang sekolah,ada perhimpunan, lepas dari perhimpunan,aku masuk ke bilik guru dan meneruskan kerja seperti biasa tanpa mengendahkan kipas kecik yang aku letak di bawah meja ku...Entah kenapa, tak terasa nak pasang kipas....Tiba2, kawanku mengatakan bahawa wayar aku diambil orang, so aku hanya meletakkan iklan di depan bilik guru supaya siapa2 yang terambil/lupa memulangkannya, boleh la pulangkan....Lepas aku tampal,seorang cikgu beritahu aku, mereka guna untuk program semalam. Aku senyum je, sambil berlalu pergi...sebab aku dah lewat masuk ke kelas.
Habis saja mengajar, aku  terserempak dengan cikgu tadi, dia memberitahu aku wayar ada di bawah, so aku pun pergi ambil dan naik ke bilik guru. Iklan tadi telah kucabut dari dinding. Yang tak bestnya....
Ada cikgu bagi tau aku, ada orang bising2 pasal iklan yang aku tampal tu...Orang tu cakap,aku sepatutnya bincang....(mungkin dia tak berkenan dengan iklan tu kot...). Ramai yang cakap dia marah-marah....
Haha...sekarang, aku dah tahu siapa yang ambil! Orang yang buat bising tu la....kalau dia tak ambil, tentu dia tak berbuyi...ANDA TELAH MEMBUKA AIB ANDA SEKALI LAGI....
Yang hairan tu, aku tuan punya barang, aku pulak yang kena sound.......dia boleh diketegorikan sebagai penakut sebab hanya berani menempelak di belakang ku sahaja....HAHAHA....
TIDAK ADA ADAB adalah satu frasa yang lebih sopan aku beri kepadanya...Sebab: perkara tak besar mana pun...tapi sengaja diperbesarkan....Salah dia, dia twist pulak kepada kita...Ambil barang orang tak bagitahu,takpe lagi, tapi biarlah diletakkan semula di tempat yang dah diambil....kalau tak letak pun, sekurang-kurangnya beritahu aku....Itu kan barang aku...aku ada hak atas barang aku....sekali dulu dah hilang, tak kan kali ni nak hilang lagi....?
Wayar tu memang amat penting bagi aku dan kawan meja sebelah ku sebab takde wayar tu, kami akn kepanasan....Sebelum tahu di mana letaknya wayar tu, aku dah suruh budak pergi cari di kelas ceramah tu, tapi tak ada, jadi tidak salah aku buat iklan...
Seorang cikgu lain mengatakan kepadaku, dia pernah pinjam wayar aku tu, tapi diletakkan semula ditempatnya, aku tak kisah, asalkan ,masa aku datang sekolah, benda ada, aku boleh guna...bukan kedekut pun....Aku wat iklan sebab aku nak cari....kalau hp, boleh la nak miskol2....ini wayar....
Alang-alang aku cerita pasal mangkuk hayun ni, rupa-rupanya melalui cerita2 yang disampaikan kepada aku, c mangkuk hayun ni selalu buka aib dia tanpa disedari....HAHAHA...KALI KE BERAPA AGAKNYA MEMBUKA AIB SENDIRI.....Dia tak tahu,orang menyampah ke dia...ish2...kesian betul la....Ada yang kata dia sombong, bongkak, dan semakin angkuh...YA ALLAH, jauhkan aku dari sifat tersebut....Orang cakap macam tu sebab dia selalu cerita hal suami dia, hal duit, seolah-olah dia la yang paling bagus....Ada pulak yang bertanya, suami dia pegawai ke? Yang paling menyedihkan bila dia kutuk mak mertua dia di depan kawan2 yang ada.....SEKALI LAGI DIA MEMBUKA AIBNYA SENDIRI...Orang tidak bercerita, tetapi orang boleh nilaikan kualiti yang berada pada diri dia hasil daripada diri dia sendiri yang sering tidak menjaga adab dan aib diri....
Kasihan sungguh...tapi apakan daya,tidak ada yang nak menegur kerana sudah terlalu jelek dengan perangai dia yang berlagak bagus, terlalu angkuh dan tiadak ada rasa hormat pada orang yang lebih tua....Walaupun itu memang perangai kita, kita perlu belajar untuk mengawal segala kelemahan diri yang ada....

Saturday, 11 June 2011

PERASAAN SEORANG ISTERI

Bukan mudah menjadi seorang isteri, lebih-lebih lagi jika bersuamikan insan yang tidak mengerti kehendak dan keinginan isteri. Senang cerita, kita mudah makan hati melihat sikap dan perangai suami kita..

Dalam rumahtangga, perbalahan, perselisihan pendapat memang lazim. Kenapa boleh jadi macam tu ek? Sedangkan masa sebelum kahwin, jarang-jarang bergaduh...sepatutnya lepas kahwin, tak bergaduh langsung...Silap...

Situasi sebelum kahwin, tidak sama dengan selepas kahwin. Belum dapat...memang la macam tu...Baik perempuan, baik lelaki, sama je...Sebelum kahwin, kita control habis...macam kita nak exam/present dalam kelas,kitabuat sehabis baik, sama gak la dengan sebelum kahwin...kalau boleh,kita tak nak pasangan kita tahu kelemahan dan kekurangan diri kita...Aku dulu-dulu tak macam tu pun....bergaduh selalu, apa tidaknya, pasang spare part kemain lagi banyaknya..tak de control-control...kalau aku memang jenis pendiam dengan orang yang aku tak biasa, macam tu jugaklah perangai aku masa jumpa bakal mak mertua aku...Yang peliknya, sampai sekarang aku perangai macam tu...

Maknanya di sini, perhubungan sebelum kahwin indah sebab banyak menyembunyikan kekurangan dan jarang berjumpa. Sekarang selepas kahwin, tiap-tiap hari berjumpa dan segala kelemahan dan kekurangan yang kita sorokkan sebelum kahwin semuanya terbongkar..Masa ni la masing-masing tak dapat terima kelemahan masing-masing...tu yang boleh mencetuskan kemarahan, kegeraman dan akhirnya kekecewaan.

Aku cakap ni pun, untuk diri sendiri jugak....Yelah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri...Haha...Kita baru berapa tahun kahwin, memang belum cukup kenal dengan pasangan kita...tah-tah baru 10%.....Manala kita boleh ubah perangai dia sesuka hati kita...Orang kata, dah jadi darah daging...Susah...

Sebab tu ramai isteri-isteri yang selalu makan hati berulam jantung. Aku sendiri alami benda yang sama. Mula-mula dulu, tak puas hati, cakap lepas je, pas tu gaduh, masam muka, tak bertegur....Tapi lama kelamaan, aku belajar apa itu SABAR...aku geram ke, aku marah ke, paling-paling pun aku diam jela...Tak mesra sangat...dan kadang-kadang tu aku abaikan je...Lebih makan dalam la kiranya...

Tapi, selama mana? Itulah soalan yang aku sendiri tak tahu nak jawab...Sebab sampai sekarang pun, aku masih diam...tak fikir, tak boleh....tak ubah, tak boleh...tapi bila fikir, sakit kepala, bila nak ubah, dia masih sama, menyakitkan hati pula...owh...Kesian isteri-isteri ni...Suami macam tak ada perasaan je ...

Selalu sangat dengar dialog "Awak tak boleh faham saya ke...?"..Aah,kita jela nak faham dia, dia ada tanya diri sendiri tak, sama ada dia faham kita atau tak? Huhu...jarang sangat...Sebab lelaki memamg dilahirkan untuk tidak memikirkan dan mengendahkan perkara-perkara kecil yang berlaku di depan dia. Dalam konteks ini, isteri juga adalah perkara kecil jika nak dibandingkan dengan sebelum kahwin. Sebelum kahwin, awek la segala-galanya..Kalau putus cinta, macam nak mati dibuatnya...

Bila dah kahwin, benda tu hilang terus...Macam suami aku jugaklah...Selalu sangat dia kata "Yelah, sekarang kan dah jadi hak milik, buat apa nak risau sangat...dulu lain, sekarang dah dapat..." Huhu...apa punya orang la...

Sebenarnya isteri ni akan selesa, tak membebel-bebel/tak menyanyi-nyanyi (istilah bebel yang suamiku guna untuk aku) bila suami sentiasa ada bersama dia lebih dari kawan-kawan dia...Haha...Sentiasa ada bersama tu, biarlah dalam keadaan CELIK...bukan dalam keadaan PEJAM...Ramai suami kat luar sana yang suka melepak dengan kawan-kawan macam gaya orang bujang..Ada yang 1 pagi baru balik rumah...Tapi bila kita 'menyanyi-nyanyi', jawapan dia, "Dari pagi saya kat rumah dengan awak,biarlah saya jumpa kawan..." Aah, kalau dari pagi atau asal ada kat rumah je membuta, mana ada bersama-sama....Kualiti masa pergi macam tu je...Tension tak??

Kalau kualiti masa bersama tip top, memangla isteri dia tak membebel...Satu lagi, jadi isteri ni memang susah nak-nak bila jadi suri rumah...semua kerja kita kena buat.....cuci jamban, cuci luar, sapu rumah...semua....kalau dapat bantuan dari suami kan, elok...buat kerja sama-sama untuk menambahkan lagi kasih dan sayang...Tapi suami ramai yang tak nak buat sebab isteri dia cerewet....Haha...Memangla...kita tak suka buat kerja dua kali...sia-sia...kalau lipat baju, biarlah senonoh sikit..nak tolong, biar tolong yang betul-betul....hehe...TAMAT

Monday, 6 June 2011

HEBATNYA ISLAM

Hebat ke? Mungkin itu antara soalan yang biasa ditanya kepada kita sebagai orang Islam dan mungkin juga pertanyaan yang ditanya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Menagpa pertanyaan sebegitu keluar? Kerana mereka benar-benar ingin memahami apa itu Islam dan mengapa ia dikatakan hebat? Adakah hebat dari segi keganasan? TIDAK sekali-kali...

Sebenarnya semalam aku menghadiri taklimat bagi Kursus Amil di Dewan Suarah Kota Samarahan yang dianjurkan oleh pihak Baitulmal di sini. Aku dijemput untuk mewakili sekolah aku SK Tambirat menerima sumbangan dari Baitulmal bagi Majlis Khatam Al-Quran. Dari taklimat yang aku hadiri itu, aku mendapat sesuatu yang bagi aku terlalu bernilai kerana Allah telah membuka mata, hati dan mindaku mengenai kehebatan Islam itu sendiri. Aku dari bidang agama, tetapi bermula dari semalam, hati aku dijinakkan dengan perasaan empati. Terus terang ku katakan, sepanjang aku hidup, aku hanya mempunyai perasaan simpati sahaja. Allahuakbar!!!

Taklimat yang mengambil masa dalam 2 jam itu hanya membincangkan mengenai rukun Islam yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam iaitu ZAKAT. Alhamdulillah, aku memang telah menunaikannya melalui potongan gaji. Apa yang aku ingin kongsikan di sini ialah mengenai hebatnya sistem perundangan Islam. Islam itu hebat kerana ia bukan mementingkan diri sendiri, tetapi ia memikirkan dan memberi hak sama rata kepada setiap insan. Itulah hebatnya Islam.

Lihat sahaja mengenai sistem zakat yang diperkenalkan. Zakat dikutip untuk membantu orang Islam, tetapi masih ada lagi manusia yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Apa yang aku boleh tafsirkan, mereka yang mampu tetapi tidak mengeluarkan zakat, mereka inilah yang digelar HAJI BAKHIL. Atau mungkin, mereka menganggap orang yang menerima zakat itu sepatutnya perlu berusaha sendiri untuk mencapai keselesaan mereka dan bukan hanya tahu meminta-minta.

Wahai HAJI BAKHIL sekelian, anda perlu ingat bahawa tidak semua orang mampu membina kehidupan seperti anda dan anda perlu sedar, rezeki yang Allah beri itu adalah untuk dikongsi bersama-sama orang lain. Bila anda berzakat, Allah akan memberi rezeki yang berlipat kali ganda kepada anda lebih dari apa yang anda telah dapat sekarang. Kalau tak percaya, cer zakat..cer zakat..

Fadhilat zakat teramat besar khasnya untuk si pengeluar zakat dan penerima zakat. Sekaligus ia membantu ekonomi Islam untuk terus berkembang dan teguh. Aku ambil satu kisah yang aku peroleh dari taklimat tersebut. Pengurus Besar Baitulmal itu menceritakan mengenai usaha-usaha Baitulmal menjana kewangan mereka untuk membantu orang Islam. 

Baitulmal kini sedang mendirikan sebuah bangunan yang aku tidak tahu berapa tingkat untuk menjana kewangannya. Bagaimana? Mereka akan menyewakan bangunan tersebut kepada beberapa agensi kerajaan, menyediakah perkhidmatan perpustakaan di tingkat yang lain, food court di tingkat yang lain, shopping mall di tingkat yang lain. Semua pendapatan hasil dari bangunan inilah yang mereka akan gunakan untuk membantu orang Islam.

Jangan anda jadi keliru...Baitulmal banyak duit,tak payah lah kita keluarkan zakat..TIDAK....Zakat tetap diagih seperti biasa. Apa yang Baitulmal dapat hanyalah sebagai pelengkap kepada kekurangan yang ada.. Baitulmal bukan seperti agensi lain yang mendapat dana daripada kerajaan untuk menampung segala aktiviti yang mereka ingin laksanakan tetapi Baitulmal menjana kewangannya sendiri untuk membantu dan melengkapi kekurangan-kekurangan yang ada. Baitulmal bukan sahaja mengagihkan bantuan kepada fakir miskin semat-mata tetapi kepada agensi-agensi dan institusi-institusi untuk program-program pendidikan. 

Di Malaysia, Johor merupakan sebuah negeri terbaik dalam hal yang berkaitan dengan Baitulmal. Siapa sangka, KFC kini dibeli oleh Johor, Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) merupakan institusi perubatan swasta terbesar di Malaysia....Hebat...Hebat...Semuanya adalah hasil usaha Baitulmal Johor...Tahniah...

Bagi penerima zakat pula, mereka juga perlu sentiasa diberi perhatian dan motivasi untuk terus mengubah kehidupan mereka. Bantuan yang diterima seharusnya digunakan sebaik mungkin dan mereka juga perlu mengambil peluang untuk mengubah kehidupan mereka. Jana pendapatan melalui bantuan yang diterima agar satu hari nanti mereka pula yang mengeluarkan zakat untuk membantu umat Islam yang lain. Lama-kelamaan, tiada lagi fakir miskin di kalangan umat Islam nanti...InsyaAllah...

Bagi pihak Baitulmal, segala usaha yang anda lakukan adalah yang terbaik dan diharap anda dapat mengatur program-program motivasi dan kelas-kelas kemahiran untuk mereka yang hidup susah agar mereka bermotivasi untuk berjaya dalam hidup.

Friday, 3 June 2011

GURU SEMENANJUNG vs SARAWAK

WOOOO....tajuk yang begitu sensitif... Aku nak kupas melalui apa yang aku FIKIR dan RASA...FIKIR perlu LOGIK, RASA perlu SENSITIF...

Aku tertarik dengan tajuk ni sebab, aku terbaca di laman sosial FB mengenai tajuk ini....Untuk memudahkan, ia dipetik dari sumber ini>>> http://www.theborneopost.com/2011/05/28/guru-pantai-timur-dinasihat-tidak-bawa-budaya-negatif-ke-sarawak/

 Lepas sahaja aku baca, hati aku tercuit dengan RASA sensitif....bukan sebab aku guru agama dan bukan sebab aku terlibat dengan politik...tetapi kerana adanya perbezaan antara Semenanjung dan Sarawak...Aku dari semenanjung, sedikit sebanyak aku terasa dengan 'statement' begitu....Kalau korang, korang rasa apa?

Aku tidak menafikan kata-kata menteri tersebut, mungkin memang benar ada segelintir yang berperangai begitu...tetapi mereka tidak perlu bimbang mengenai isu politik...Jika disiasat, memang ada bukti, ambil sahaja tindakan dan tidak perlu melahirkan rasa bimbang terhadap Guru Semenanjung yang berkhidmat di sana kerana Guru di Semenanjung dan Sarawak adalah warganegara Malaysia. Masing-masing mengamalkan sistem demokrasi...Pada aku, tidak salah jika kita bekongsi sesuatu yang membawa kebaikan...

Sekarang, cuba kita baca komen-komen yang ada di blog ini >>> http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/05/prs-bimbang-80000-guru-semenanjung-ke.html

Apa perasaan anda bila baca komen dari GURU BORNEO yang pada saya tidak ada adab untuk meluahkan pendapat..? Memang diakui, kebanyakan guru dari semenanjung ini tidak mahu ditempatkan di Sarawak kerana kami sering dimomok-momokkan dengan keadaan negerinya yang begitu 'asli'. Jangan salahkan kami, kerana media massa yang memainkan peranan memperkenalkan Sarawak sedemikian rupa. Tapi, bila sampai dan melihat dengan mata kepala sendiri, tidaklah semua rakyatnya duduk di hutan...Orang lama-lama sahaja yang masih tinggal di kawasan pedalaman, muda-mudinya berhijrah ke bandar mendapatkan rezeki dan menjalankan kehidupan sama seperti orang di Semenanjung.

Sesiapa sahaja ingin ditempatkan di kampung halaman sendiri termasuklah Guru Sarawak yang berada di Semenanjung...Tetapi, masalah yang timbul sekarang adalah kekurangan orang Sarawak untuk menjadi guru agama. Mengapa???? Kerana rakyat Sarawak lebih memfokuskan pengkhususan aliran akademik dan bukan agama. Kalau ada pun yang mengambil aliran agama, tidak ramai (aku buat anggaran ini ikut zaman aku bekajar dulu). Dari kalangan mereka pula, mungkin ada yang sudah berkerjaya lain (bukan guru) dan jika mereka jadi guru sekalipun, mereka bukan guru agama (mungkin masa mohon dulu tak dapat,tak ada rezeki).

Disebabkan adanya lambakan graduan-graduan yang beraliran agama dan berjaya memegang title GURU AGAMA di Semenanjung, mereka inilah yang dihantar ke Sarawak untuk melengkapi apa yang kurang. Wahai rakyat Sarawak, buangkan kebimbangan anda kerana kami hadir untuk memberi sedikit pendidikan agama dengan cara yang baru (bukan cara tradisional) kepada anak-anak anda agar mereka berminat dan mampu menjadi Guru Agama di Sarawak.

Ingatlah, kita bebas untuk berkongsi maklumat kepada sesiapa pun, mereka yang menerima maklumat pula perlu menilai maklumat-maklumat itu. Jika ia memberi kebaikan, ikutlah, jika ia membawa keburukan, tinggalkan. Tidak perlulah kita takut dengan bayang-bayang sendiri. Kita diberi akal untuk berfikir dan bagi rakyat Sarawak, janganlah mengikut penyelewengan-penyelewengan agama dan politik (jika ada) yang dibawa GURU AGAMA semenanjung kerana mereka mungkin mempunyai pandangan mereka sendiri. Yang penting BERFIKIR...

Untuk GURU AGAMA yang berada di SARAWAK, TOLONG JANGAN JADI SENGAL...sebab anda seorang, habis semua Guru Agama yang berada di sini kena. Kalau tak dapat pindah, bersabarlah dan mohon pada ALLAH...Bukan tak boleh buat hal, tapi bila buat hal di sini, kesiankanlah kami yang berada di sini. Anda dipindahkan, KAMI di sini terkulat-kulat...sudahlah menumpang di negeri orang....Sedihnya...

Thursday, 2 June 2011

SUKARNYA MENJADI SEORANG PENULIS YANG HEBAT

Aku teramatlah suka dengan drama bersiri dalan slot AKASIA TV3 iaitu NORA ELENA. Sebuah drama yang mampu membuatkan aku tersengeh-sengeh seorang diri dan membuatkan aku setia menunggu di depan tv semata-mata tak nak ketinggalan walau sesaat babak pun...(Hati kecilku berkata: Kan bagus kalau perasaan itu ditukar ke arah mencintai dan mentaati perintah ALLAH).



NORA ELENA adalah adaptasi dari sebuah novel bertajuk KASIH YANG SUCI...aku tak pernah baca, aku hanya sekadar search novel di google, baca sikit-sikit je...Tapi memang menarik...dan aku yakin, jadi penulis itu amat susah. Seorang penulis perlu kreativiti dan imaginasi yang tinggi untuk membawa pembaca ke satu alam seperti mana yang digambarkan..

Dahlah kena berimaginasi tinggi, kena pulak menyusun jalan cerita dengan menarik...Kalau tak, tak de sapa la nak membaca..Selain dari itu, seorang penulis perlu ada pengetahuan dan pengalaman hidup yang sangat luas. Penulis yang baik mampu menceritakan sesuatu kerjaya, perlu tahu tempat-tempat menarik di dunia, perlu tahu mengenai keagamaan, psikologi, motivasi dan sebagainya lagi. 

Penulis juga haruslah berbakat dalam mencipta konflik. Ini kerana konflik meupakan suatu keadaan yang amat diminati pembaca. Tidak sekadar konflik, tetapi ia perlu disusuli dengan cara penyelesaian yang berkesan kerana ia sebenarnya membantu pembaca yang mempunyai konflik yang sama untuk menyelesaikan masalah.
Para penulis perlu menyelitkan banyak nilai-nilai murni agar ia dapat memberi kesan positif kepada pembaca sekaligus memberi pengajaran. Mereka ini harus begitu teliti dengan penyampaian mereka kerana pembaca terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Setakat hari ini, aku menggemari novel-novel karya Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea, Ramlee Awang Mursyid dan Rohani Din. Mereka semua hebat dalam bidang masing-masing. Sharifah Abu Salem dan Aisya Sofea hebat dalam kisah cinta dan kekeluargaan, manakala Ramlee Awang Mursyid amat kreatif dalam penulisan genre thriller. Penulis Rohani Din pula, bagi aku amat hebat dalam bidang yang menjurus kepada keagamaan (berpandu pada novel Diari Bonda). Bagi semua penulis, TAHNIAH, anda memang HEBAT!!