Friday, 3 June 2011

GURU SEMENANJUNG vs SARAWAK

WOOOO....tajuk yang begitu sensitif... Aku nak kupas melalui apa yang aku FIKIR dan RASA...FIKIR perlu LOGIK, RASA perlu SENSITIF...

Aku tertarik dengan tajuk ni sebab, aku terbaca di laman sosial FB mengenai tajuk ini....Untuk memudahkan, ia dipetik dari sumber ini>>> http://www.theborneopost.com/2011/05/28/guru-pantai-timur-dinasihat-tidak-bawa-budaya-negatif-ke-sarawak/

 Lepas sahaja aku baca, hati aku tercuit dengan RASA sensitif....bukan sebab aku guru agama dan bukan sebab aku terlibat dengan politik...tetapi kerana adanya perbezaan antara Semenanjung dan Sarawak...Aku dari semenanjung, sedikit sebanyak aku terasa dengan 'statement' begitu....Kalau korang, korang rasa apa?

Aku tidak menafikan kata-kata menteri tersebut, mungkin memang benar ada segelintir yang berperangai begitu...tetapi mereka tidak perlu bimbang mengenai isu politik...Jika disiasat, memang ada bukti, ambil sahaja tindakan dan tidak perlu melahirkan rasa bimbang terhadap Guru Semenanjung yang berkhidmat di sana kerana Guru di Semenanjung dan Sarawak adalah warganegara Malaysia. Masing-masing mengamalkan sistem demokrasi...Pada aku, tidak salah jika kita bekongsi sesuatu yang membawa kebaikan...

Sekarang, cuba kita baca komen-komen yang ada di blog ini >>> http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011/05/prs-bimbang-80000-guru-semenanjung-ke.html

Apa perasaan anda bila baca komen dari GURU BORNEO yang pada saya tidak ada adab untuk meluahkan pendapat..? Memang diakui, kebanyakan guru dari semenanjung ini tidak mahu ditempatkan di Sarawak kerana kami sering dimomok-momokkan dengan keadaan negerinya yang begitu 'asli'. Jangan salahkan kami, kerana media massa yang memainkan peranan memperkenalkan Sarawak sedemikian rupa. Tapi, bila sampai dan melihat dengan mata kepala sendiri, tidaklah semua rakyatnya duduk di hutan...Orang lama-lama sahaja yang masih tinggal di kawasan pedalaman, muda-mudinya berhijrah ke bandar mendapatkan rezeki dan menjalankan kehidupan sama seperti orang di Semenanjung.

Sesiapa sahaja ingin ditempatkan di kampung halaman sendiri termasuklah Guru Sarawak yang berada di Semenanjung...Tetapi, masalah yang timbul sekarang adalah kekurangan orang Sarawak untuk menjadi guru agama. Mengapa???? Kerana rakyat Sarawak lebih memfokuskan pengkhususan aliran akademik dan bukan agama. Kalau ada pun yang mengambil aliran agama, tidak ramai (aku buat anggaran ini ikut zaman aku bekajar dulu). Dari kalangan mereka pula, mungkin ada yang sudah berkerjaya lain (bukan guru) dan jika mereka jadi guru sekalipun, mereka bukan guru agama (mungkin masa mohon dulu tak dapat,tak ada rezeki).

Disebabkan adanya lambakan graduan-graduan yang beraliran agama dan berjaya memegang title GURU AGAMA di Semenanjung, mereka inilah yang dihantar ke Sarawak untuk melengkapi apa yang kurang. Wahai rakyat Sarawak, buangkan kebimbangan anda kerana kami hadir untuk memberi sedikit pendidikan agama dengan cara yang baru (bukan cara tradisional) kepada anak-anak anda agar mereka berminat dan mampu menjadi Guru Agama di Sarawak.

Ingatlah, kita bebas untuk berkongsi maklumat kepada sesiapa pun, mereka yang menerima maklumat pula perlu menilai maklumat-maklumat itu. Jika ia memberi kebaikan, ikutlah, jika ia membawa keburukan, tinggalkan. Tidak perlulah kita takut dengan bayang-bayang sendiri. Kita diberi akal untuk berfikir dan bagi rakyat Sarawak, janganlah mengikut penyelewengan-penyelewengan agama dan politik (jika ada) yang dibawa GURU AGAMA semenanjung kerana mereka mungkin mempunyai pandangan mereka sendiri. Yang penting BERFIKIR...

Untuk GURU AGAMA yang berada di SARAWAK, TOLONG JANGAN JADI SENGAL...sebab anda seorang, habis semua Guru Agama yang berada di sini kena. Kalau tak dapat pindah, bersabarlah dan mohon pada ALLAH...Bukan tak boleh buat hal, tapi bila buat hal di sini, kesiankanlah kami yang berada di sini. Anda dipindahkan, KAMI di sini terkulat-kulat...sudahlah menumpang di negeri orang....Sedihnya...

No comments:

Post a Comment