Hebat ke? Mungkin itu antara soalan yang biasa ditanya kepada kita sebagai orang Islam dan mungkin juga pertanyaan yang ditanya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Menagpa pertanyaan sebegitu keluar? Kerana mereka benar-benar ingin memahami apa itu Islam dan mengapa ia dikatakan hebat? Adakah hebat dari segi keganasan? TIDAK sekali-kali...
Sebenarnya semalam aku menghadiri taklimat bagi Kursus Amil di Dewan Suarah Kota Samarahan yang dianjurkan oleh pihak Baitulmal di sini. Aku dijemput untuk mewakili sekolah aku SK Tambirat menerima sumbangan dari Baitulmal bagi Majlis Khatam Al-Quran. Dari taklimat yang aku hadiri itu, aku mendapat sesuatu yang bagi aku terlalu bernilai kerana Allah telah membuka mata, hati dan mindaku mengenai kehebatan Islam itu sendiri. Aku dari bidang agama, tetapi bermula dari semalam, hati aku dijinakkan dengan perasaan empati. Terus terang ku katakan, sepanjang aku hidup, aku hanya mempunyai perasaan simpati sahaja. Allahuakbar!!!
Taklimat yang mengambil masa dalam 2 jam itu hanya membincangkan mengenai rukun Islam yang selalu dipandang ringan oleh umat Islam iaitu ZAKAT. Alhamdulillah, aku memang telah menunaikannya melalui potongan gaji. Apa yang aku ingin kongsikan di sini ialah mengenai hebatnya sistem perundangan Islam. Islam itu hebat kerana ia bukan mementingkan diri sendiri, tetapi ia memikirkan dan memberi hak sama rata kepada setiap insan. Itulah hebatnya Islam.
Lihat sahaja mengenai sistem zakat yang diperkenalkan. Zakat dikutip untuk membantu orang Islam, tetapi masih ada lagi manusia yang tidak mahu mengeluarkan zakat. Apa yang aku boleh tafsirkan, mereka yang mampu tetapi tidak mengeluarkan zakat, mereka inilah yang digelar HAJI BAKHIL. Atau mungkin, mereka menganggap orang yang menerima zakat itu sepatutnya perlu berusaha sendiri untuk mencapai keselesaan mereka dan bukan hanya tahu meminta-minta.
Wahai HAJI BAKHIL sekelian, anda perlu ingat bahawa tidak semua orang mampu membina kehidupan seperti anda dan anda perlu sedar, rezeki yang Allah beri itu adalah untuk dikongsi bersama-sama orang lain. Bila anda berzakat, Allah akan memberi rezeki yang berlipat kali ganda kepada anda lebih dari apa yang anda telah dapat sekarang. Kalau tak percaya, cer zakat..cer zakat..
Fadhilat zakat teramat besar khasnya untuk si pengeluar zakat dan penerima zakat. Sekaligus ia membantu ekonomi Islam untuk terus berkembang dan teguh. Aku ambil satu kisah yang aku peroleh dari taklimat tersebut. Pengurus Besar Baitulmal itu menceritakan mengenai usaha-usaha Baitulmal menjana kewangan mereka untuk membantu orang Islam.
Baitulmal kini sedang mendirikan sebuah bangunan yang aku tidak tahu berapa tingkat untuk menjana kewangannya. Bagaimana? Mereka akan menyewakan bangunan tersebut kepada beberapa agensi kerajaan, menyediakah perkhidmatan perpustakaan di tingkat yang lain, food court di tingkat yang lain, shopping mall di tingkat yang lain. Semua pendapatan hasil dari bangunan inilah yang mereka akan gunakan untuk membantu orang Islam.
Jangan anda jadi keliru...Baitulmal banyak duit,tak payah lah kita keluarkan zakat..TIDAK....Zakat tetap diagih seperti biasa. Apa yang Baitulmal dapat hanyalah sebagai pelengkap kepada kekurangan yang ada.. Baitulmal bukan seperti agensi lain yang mendapat dana daripada kerajaan untuk menampung segala aktiviti yang mereka ingin laksanakan tetapi Baitulmal menjana kewangannya sendiri untuk membantu dan melengkapi kekurangan-kekurangan yang ada. Baitulmal bukan sahaja mengagihkan bantuan kepada fakir miskin semat-mata tetapi kepada agensi-agensi dan institusi-institusi untuk program-program pendidikan.
Di Malaysia, Johor merupakan sebuah negeri terbaik dalam hal yang berkaitan dengan Baitulmal. Siapa sangka, KFC kini dibeli oleh Johor, Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) merupakan institusi perubatan swasta terbesar di Malaysia....Hebat...Hebat...Semuanya adalah hasil usaha Baitulmal Johor...Tahniah...
Bagi penerima zakat pula, mereka juga perlu sentiasa diberi perhatian dan motivasi untuk terus mengubah kehidupan mereka. Bantuan yang diterima seharusnya digunakan sebaik mungkin dan mereka juga perlu mengambil peluang untuk mengubah kehidupan mereka. Jana pendapatan melalui bantuan yang diterima agar satu hari nanti mereka pula yang mengeluarkan zakat untuk membantu umat Islam yang lain. Lama-kelamaan, tiada lagi fakir miskin di kalangan umat Islam nanti...InsyaAllah...
Bagi pihak Baitulmal, segala usaha yang anda lakukan adalah yang terbaik dan diharap anda dapat mengatur program-program motivasi dan kelas-kelas kemahiran untuk mereka yang hidup susah agar mereka bermotivasi untuk berjaya dalam hidup.
No comments:
Post a Comment