Aku teramatlah suka dengan drama bersiri dalan slot AKASIA TV3 iaitu NORA ELENA. Sebuah drama yang mampu membuatkan aku tersengeh-sengeh seorang diri dan membuatkan aku setia menunggu di depan tv semata-mata tak nak ketinggalan walau sesaat babak pun...(Hati kecilku berkata: Kan bagus kalau perasaan itu ditukar ke arah mencintai dan mentaati perintah ALLAH).
NORA ELENA adalah adaptasi dari sebuah novel bertajuk KASIH YANG SUCI...aku tak pernah baca, aku hanya sekadar search novel di google, baca sikit-sikit je...Tapi memang menarik...dan aku yakin, jadi penulis itu amat susah. Seorang penulis perlu kreativiti dan imaginasi yang tinggi untuk membawa pembaca ke satu alam seperti mana yang digambarkan..
Dahlah kena berimaginasi tinggi, kena pulak menyusun jalan cerita dengan menarik...Kalau tak, tak de sapa la nak membaca..Selain dari itu, seorang penulis perlu ada pengetahuan dan pengalaman hidup yang sangat luas. Penulis yang baik mampu menceritakan sesuatu kerjaya, perlu tahu tempat-tempat menarik di dunia, perlu tahu mengenai keagamaan, psikologi, motivasi dan sebagainya lagi.
Penulis juga haruslah berbakat dalam mencipta konflik. Ini kerana konflik meupakan suatu keadaan yang amat diminati pembaca. Tidak sekadar konflik, tetapi ia perlu disusuli dengan cara penyelesaian yang berkesan kerana ia sebenarnya membantu pembaca yang mempunyai konflik yang sama untuk menyelesaikan masalah.
Para penulis perlu menyelitkan banyak nilai-nilai murni agar ia dapat memberi kesan positif kepada pembaca sekaligus memberi pengajaran. Mereka ini harus begitu teliti dengan penyampaian mereka kerana pembaca terdiri daripada pelbagai lapisan umur.
Setakat hari ini, aku menggemari novel-novel karya Sharifah Abu Salem, Aisya Sofea, Ramlee Awang Mursyid dan Rohani Din. Mereka semua hebat dalam bidang masing-masing. Sharifah Abu Salem dan Aisya Sofea hebat dalam kisah cinta dan kekeluargaan, manakala Ramlee Awang Mursyid amat kreatif dalam penulisan genre thriller. Penulis Rohani Din pula, bagi aku amat hebat dalam bidang yang menjurus kepada keagamaan (berpandu pada novel Diari Bonda). Bagi semua penulis, TAHNIAH, anda memang HEBAT!!





No comments:
Post a Comment